Seni Sentral

  • Hattan – Rendang Tak Berbuah

    Lagu ini dipopularkan oleh penyanyi Hattan dan dilancarkan pada tahun 1996.

    Tidak ramai orang mengetahui bahawa penulis lirik lagu ini ialah saudara Bob Lokman. Dalam temu bual bersama Ad Samad, Bob Lokman menceritakan keadaannya yang lumpuh seketika akibat slipped disc telah membuatkannya terpaksa bergantung kepada ibu dan keluarganya untuk kelangsungan hidup.

    Lirik

    Sunyi dan gelap
    Terlantar dalam telanjang
    Di pintu rindu
    Hidup dan matiku disisiku

    Sakit yang datang
    Menguji kasih dan sayang
    Antara merenda semalam
    Mungkin takkan berbuah

    Hanya memadukan
    Namun tidak mengenyangkan
    Musafir lalu nan dahaga
    Di jalan panas membara

    Begitulah hakikatnya
    Di mahligai kesakitan
    Yang mengundang sahabat
    Saudara jauh dekat
    Menghembus nafas pilu

    Ibu mengertilah
    Aku sengsara
    Lemas berendam airmata
    Rendang kasihmu
    Dalam gelora
    Jadi rebutan selamanya

    Berikanlah pengertian
    Waktuku di hujung jalan
    Berbicara bahasa duka
    Yang penuh penyesalan

    Manapun aku berlabuh
    Pastinya untuk desamu
    Biarpun tak bersubur
    Biarlah tak tertangguh
    Di telapak kakimu

    Sakit kurasakan
    Jadi peneman
    Masa semalam yang silam

    Ibu mengertilah
    Aku sengsara
    Lemas berendam airmata
    Rendang kasihmu
    Dalam gelora
    Jadi rebutan selamanya

    Sakit ku rasakan
    Jadi peneman
    Masa semalam yang silam

  • Ramli Sarip – Anugerah Nabi

    Ramli Sarip – Anugerah Nabi

    Anugerah Nabi ialah salah satu lagu daripada albumnya Sadaqa yang dilancarkan pada tahun 2012. Lagunya disusun oleh Ramli Sarip sendiri manakala penulis liriknya ialah A Samad Said. Walaupun lagu ini sudah lama, namun pada tahun 2020, saluran rasmi Ramli Sarip di Youtube telah melancarkan video lirik khusus untuk para pendengar menghayati lagu ini.

    Video Lirik

    Lirik Lagu

    Pada suatu malam lena tidur yang mesra
    Telah mercup mimpi berlalu di hati
    Pepohon ia berbaur warna
    Tak dengar lidah lancar bersuara
    Sekitar pertemuan bermakna

    Hak seorang nabi
    Setelah membelah bulan dengan jari
    Terkuak hina diantaranya
    Dalam celik mimpi menjadi
    Begitu bernafas dan sebati

    Kerana ada ucapan terlalu berpesan
    Manfaat bagi seluruh ummah
    Dan peristiwa teka teki bagi Quraish
    Anugerah abadi bagi nabi
    Begitu dilalui dengan tapak lembut

    Hak seorang nabi
    Setelah membelah bulan dengan jari
    Terkuak hina diantaranya
    Dalam celik mimpi menjadi
    Begitu bernafas dan sebati

    Kerana ada ucapan terlalu berpesan
    Manfaat bagi seluruh ummah
    Dan peristiwa teka teki bagi Quraish
    Anugerah bagi nabi
    Begitu dilalui dengan tapak lembut


    Begitu jujur diceritakan
    Begitu jujur diceritakan
    Diceritakan

    Begitu jujur diceritakan
    Begitu jujur diceritakan
    Begitu jujur diceritakan

    Begitu jujur
    Begitu jujur
    Begitu jujur diceritakan

    Begitu jujur diceritakan
    Begitu jujur diceritakan
    Begitu jujur diceritakan

  • Ku Cari Damai Abadi, Nukilan Tun Abdullah Ahmad Badawi (2004)

    Ku Cari Damai Abadi, Nukilan Tun Abdullah Ahmad Badawi (2004)

    Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,

    Untuk hidup kaya,
    Aku cari bukan wang berjuta-juta,
    Untuk hidup bergaya,
    Aku cari bukan kawan-kawan,
    Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
    Aku cari mana dia Al-Ghazali,
    Aku cari mana dia Al-Shafie,
    Kita bongkar rahsia kitab suci,
    Cari pedoman
    Kita bongkar rahsia sunnah nabi
    Cari panduan
    Aku hidup kerana Dia Rabbi
    Dialah teman
    Dialah wali
    Dia mencukupi
    Aku hidup bererti
    Menikmati damai abadi

    Sajak ini dinyanyikan oleh Ramli Sarip dalam lagunya Ku Cari Damai Abadi.

  • Album Lagu Cinta (1982)

    Album Lagu Cinta (1982)

    Lagu Cinta ialah sebuah album studio yang dihasilkan oleh penyanyi terulung Malaysia, Sudirman Haji Arshad. Album ini dikeluarkan pada tahun 1982.

    Terdapat tiga lagu yang menjadi runut bunyi untuk satu-satunya filem lakonan Sudirman, Kami (1982) iaitu Pelangi Petang, Kesepian dan Budak Baru.

    Senarai Lagu

    Muka Satu
    No.TajukPenulisMasa
    1.“Bila Wajahmu Kubayangkan”  S. Atan, Sudirman3:00
    2.“Cahaya Hidupku”  S. Atan, Haron Abdul Majid3:56
    3.“Malam Ini”  Osman Ghani4:04
    4.“Ding A Ding Gale (Kawin Lari)”  Osman Ghani, Sudirman & Osman Ghani3:11
    5.Pelangi Petang” (Lagu daripada filem Kami)Kassim Masdor, Sudirman3:40
    Muka Dua
    No.TajukPenulisMasa
    1.“Oh Mengapa”  Ghani Atan, Sudirman4:20
    2.“Tetapkan Hatimu” (Nyanyian asal oleh A. Rahman)Hakcipta Terpelihara3:03
    3.“Kesepian” (Lagu daripada filem Kami)Kassim Masdor, Sudirman3:12
    4.“Serba Sederhana”  S. Atan, Haron Abdul Majid4:04
    5.“Budak Baru” (Lagu daripada filem Kami)Sudirman & Fauzi Marzuki, Sudirman2:59

    Sumber

    1. Lagu Cinta (album) – Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
  • Filem Kami (1982)

    Filem Kami (1982)

    Kami ialah sebuah filem yang menampilkan Sudirman sebagai pelakon utama. Filem ini mengisahkan berkenaan seorang pemuda dan kanak-kanak yang baru ingin memulakan hidup baru di kota Kuala Lumpur.

  • Sudirman – Pelangi Petang

    Sudirman – Pelangi Petang

    Pelangi Petang, lagu nyanyian Sudirman. Lagu ini ditulis oleh Sudirman sendiri manakala penyusunnya ialah Kassim Masdor.

    Video Lirik

    Lirik Lagu

    Ku meniti awan yang kelabu
    Ku tempuhi lorong yang berliku
    Mencari sinar yang menerangi
    Kegelapanku…

    Ku percaya nanti suatu masa
    Sang suria kan menyinar jua
    Membawa harapan yang menggunung
    Bersamanya…

    Engkau tiba bagaikan pelangi
    Tak bercahya namun kau berseri
    Tapi cukup menghiburkan
    Hati ini

    Seharian waktu bersamamu
    Tak terasa saat yang berlalu
    Bagai pelangi petang kau kan pasti
    Pergi jua…

  • Sudirman

    Sudirman

    Dato’ Sudirman bin Haji Arshad, DSAP, JMN, AMN, AMP (25 Mei 1954 – 22 Februari 1992).

    Beliau dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang

    Diskografi

    Akan Datang

    Filem yang pernah dibintangi

    Beliau pernah membintangi sebuah filem, iaitu Kami (1982).

  • Album Sadaqa (2012)

    Album Sadaqa (2012)

    Sadaqa ialah sebuah album kompilasi yang dinyanyikan oleh artis Ramli Sarip.

    Album ini dikira dekat dengan hati Ramli Sarip kerana tujuan pelancarannya ialah untuk mengutip derma untuk Masjid Hasanah di Singapura. Hasil temu bual bersama beliau mendedahkan bahawa semasa masih kecil, beliau sering ke sana bersama kawan-kawannya dan mempunyai banyak kenangan di situ.

    Senarai Lagu

    Album ini memuatkan 14 buah lagu bersama 4 lagu baru iaitu “Ku Cari Damai Abadi”, “Ramadan”, “Kekasihku” dan “Ziarah”.

    1. ‘Iqra
    2. Bahasa Terindah
    3. Kekasihku
    4. Tangan Tangan Amal
    5. Bukan Kerana Nama
    6. Ku Cari Damai Abadi
    7. Anugerah Nabi
    8. Ziarah
    9. Perjalanan Hidup
    10. Negeri Hakiki
    11. Ramadan
    12. Haji
    13. Andai Ku Tahu
    14. Kau Yang Satu

    Sumber

    1. CD Ramli Sarip – Sadaqa, Music & Media, CD’s, DVD’s, & Other Media on Carousell
    2. Album ‘Sadaqa’ RAMLI SARIP Yang DiHarap Dapat Di Rliliskan Di Malaysia (rawk.com.my)
  • Ramli Sarip – Musafir Rindu

    Ramli Sarip – Musafir Rindu

    Lagu balada nyanyian bersama Ramli Sarip dan Dayang Nurfaizah ini sangat meruntun jiwa. Mengisahkan rindu yang tidak berkesudahan terhadap pasangan yang telah menghadap Ilahi, lagu ini membawa kita untuk menghayati rasa rindu yang turut dibayangi konsep redha.

    Video Lirik

    Video lirik untuk lagu ini boleh didapati di laman YouTube Rasmi Ramli Sarip.

    Lirik Lagu Ramli Sarip – Musafir Rindu

    Intro:
    [Ramli Sarip]
    Hujan malam menambah resah
    Hati sepi semenjak kau tiada
    Semakin hari semakin rindu
    Biarpun tubuh terpisah jauh

    Verse 1:
    [Dayang Nurfaizah]
    Bagai patah tak tumbuh lagi
    Bagai hilang tidak berganti
    Bagai terbawa separuh diri
    Bersama pergimu yang tak kembali

    [Ramli Sarip]
    Bukanlah gurauan
    Bukan sekadar mainan perasaan

    [Dayang Nurfaizah]
    Apa yang tersurat
    Itu yang tersirat namun ku rela

    [Ramli Sarip]
    Dalam doaku kusebut namamu
    Tenanglah dikau sayangku

    Verse 2:
    Aku bagai musafir lalu
    Menyusulmu sudahlah tentu
    Disana kasih kekal abadi
    Suci dan kudus kesepakatan Ilahi

    Ulang Verse 1

    [Dayang Nurfaizah]
    Dalam doaku kusebut namamu
    Tenanglah dikau sayangku

  • Aizat Amdan

    Aizat Amdan

    Muhammad Aizat bin Amdan atau lebih dikenali dengan nama Aizat Amdan ialah seorang artis dan penulis lagu di Malaysia. Aizat mula menempa nama sebagai penyanyi dalam program realiti TV Akademi Fantasia. Semasa menyertai program tersebut, Aizat mempunyai penampilan yang agak gempal. Tidak lama selepas program tersebut berakhir, Aizat mengejutkan orang ramai dengan penampilan baharunya yang lebih kurus.

    Lagu Popular

    Antara lagu popular nyanyian Aizat Amdan ialah “Hanya Kau Yang Mampu” dan “Sahabat”. Selain itu, Aizat juga turut merakamkan lagu berbahasa Inggeris “I Go”. “I Go” mempunyai versi Bahasa Melayunya iaitu “Kau Pergi”